Anak-anak mama

Monday, April 4, 2011

Guru pukul murid sampai mati

Sedih bila baca tajuk di atas. Lagi sedih apabila membaca kisahnya. Disebabkan beliau dituduh mencuri wang sebanyak RM 7 nyawa beliau terpaksa dikorbankan bukan di tangan orang lain tapi di tangan gurunya sendiri. Guru itu pula hanya tersedar daripada kesilapannya setelah pelajar yang masih belum baligh itu tenat di wad ICU. Walaupun saya juga seorang guru, namun saya tidak berani untuk menyentuh pelajar kerana isu ini begitu sensitif pada masa ini dan seseorang guru itu ada batasannya untuk memukul pelajar. Apatah lagi pelajar itu baru berusia 7 tahun, masih ada cara lain untuk mendisiplinnya.

Sebaik-baik sahaja saya balik dari sekolah pula, anak saya beritahu kopiahnya telah dirampas kawan dan di baling ke luar pagar. Kopiah itu tidak dijumpai. Sebelah petang driver van sekolahnya jumpa dan hantar ke rumah. Kakak nya yg berumur 8 tahun pula balik melaporkan buku BI hilang kerana kawannya telah membawa lari dan tak tahu dibuang kemana. Anak saya kena buli ker? Saya memang geram dengan budaya ini. Masih budak-budak pun dah tahu membuli. Mak bapak tak ajar ker, atau salah pemakanan ker atau faktor persekitaran?

Siapakah yang sering jd mangsa buli? Adakah macam anak-anak saya yang tidak tahu melawan? Zaman sekarang sikap sabar memang patut ada tetapi jika kerap sangat masalah timbul misalnya kasut yang elok ditukar kasut buruk, pencil selalu hilang dan sebagainya hilang jugak tahap kesabaran sehingga memaksa aku mengajar anak-anak menjadi tegas dan berani dan menyuruh mereka bertindak balik apabila dibuli kerana orang suka membuli ni dia rasa kaut apabila tidak dilawan padahal mereka tu penakut..

No comments:

Post a Comment