Anak-anak mama

Friday, January 21, 2011

Stress

Istilah stress ni selalu sahaja kita dengar daripada pelbagai lapisan orang dan masyarakat. Malah isu ini telah dibesarkan dalam tajuk-tajuk akhbar. Ramai yang mengalami stress sehingga ada yang mengundang kepada masalah kejiwaan yang boleh membawa onar dalam masyarakat. Takut bila mendengarnyakan? Tapi ini memang realiti, semakin majunya dunia semakin ramai manusia yang mengalami tekanan hidup sama ada di temapat kerja, di rumah, dan sebagainya. Bagaimana puncanya? Banyak punca yang telah diperkatakan misalnya masalah kewangan, rumah tangga, anak-anak, kemiskinan, dll. Bagaimana nak mengatasinya? Pelbagai cara telah disarankan misalnya bertenang, kawal kemarahan, solat, dan puasa. Aku sendiri pun kadang kala selalu mengalami stress sehingga tak terkawal dan anak-anak sering menjadi mangsa kemarahan. Teruk betul.. tapi bila kita tidak mampu mengawal diri itulah yang berlaku. Harap2 takdelah bawa sampai jadi gila. Hopefully gejala ini tak akan meruncing dan semoga pihak berwajib mengambil pendekatan yang mudah untuk menerangkan isu ini kepada masyarakat Takut bila mendengar isu bunuh diri dan bunuh yang berpunca daripada stress.Insya Allah selagi kita berpegang pada iman yang kuat, segala masalah dapat diatasi.

No comments:

Post a Comment