Anak-anak mama

Friday, June 24, 2011

Anak-anakku

Lama tak menulis dalam blog ni. Tiada apa-apa yang nak dicoretkan cuma nak ucapkan selamat pagi dan terus ceria. Tetapi rasa nak cerita skit  bab anak-anak. Kadang-kala mereka ni banyak menguji kesabaran kita. Bila kesabaran dah ditangkas oleh perangai mereka, maka kita mulalah naik angin dan tangan terus jer melibas badan mereka yang masih kecil, terus menangis. Kesedihan mereka terbawa-bawa sampai tertidur. Apabila mereka dah tidur sedih pula tengok muka anak-anak yang tak bersalah ni. Mereka nak tagih kasih sayang tetapi tidak tahu nak lafazkan. Jadi, mereka lafazkan dalam cara yang buat kita tension. Ada anak yang terlalu nak perhatian si ibu ( sayalah tu) sampaikan semua kerja yang berkaitan dengan mereka seperti buat susu, ambil air, sapu ubat, mandi semuanya nak kita buatkan. So, kita rasa macam dieksploitasi (boleh ker guna istilah ni) pula terus marah-marah.Mmmmm macam tulah anak-anak berikanlah tumpuan pada mereka semasa mereka masih memerlukan kita (nasihat untuk diri sendiri). Bye!

Sunday, May 22, 2011

Telekung Sembahyang Kanak-kanak


Koleksi telekung sembahyang untuk kanak-kanak mengikut umur!!! Dari usia empat  tahun hinggalah ke usia sembilan tahun. Harga sekitar RM 30 - RM 45 (mengikut saiz) tidak termasuk kos penghantaran. Bentuk canopy di kepala dan dagu yang kemas dan 'terletak'. Tidak perlu lagi memakai serkup atau anak tudung di dalam. Kain cotton yang tebal dan selesa serta tidak panas.
Sesuai untuk kanak-kanak yang sememangnya sukakan sesuatu yang mudah, cepat serta menyelesakan.

Saiz FFF - RM 35.00 ( 4-5 tahun)
Saiz  S    - RM 40.00
Saiz M    - RM 45.00

(Gambar akan dimuat turun kemudian.. sabar!)
Segala pertanyaan dan pesanan boleh berhubung melalui email: amirah_nooraini@yahoo.com atau membuat pesanan melalui ruang chatting di blog saya. Tq!

DIDIKLAH ANAK-ANAK KITA SOLAT SEJAK DARI KECIL! SOLAT ITU TIANG AGAMA! SAMBIL BERNIAGA SAMBIL BERIBADAH!

Tanah Runtuh Lagi!

Salam takziah diucapkan kepada keluarga anak2 yatim dan penjaga mereka yang telah meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di madrasah anak yatim di Hulu Langat, Selangor. Al Faatihah. Jangan jadi seperti ayam yang berkokok dan riuh sekampung apabila sesuatu hal terjadi tetapi apabila ia dah lama berlalu ia menjadi bagai lalang yang ditup angin...


Monday, April 4, 2011

Guru pukul murid sampai mati

Sedih bila baca tajuk di atas. Lagi sedih apabila membaca kisahnya. Disebabkan beliau dituduh mencuri wang sebanyak RM 7 nyawa beliau terpaksa dikorbankan bukan di tangan orang lain tapi di tangan gurunya sendiri. Guru itu pula hanya tersedar daripada kesilapannya setelah pelajar yang masih belum baligh itu tenat di wad ICU. Walaupun saya juga seorang guru, namun saya tidak berani untuk menyentuh pelajar kerana isu ini begitu sensitif pada masa ini dan seseorang guru itu ada batasannya untuk memukul pelajar. Apatah lagi pelajar itu baru berusia 7 tahun, masih ada cara lain untuk mendisiplinnya.

Sebaik-baik sahaja saya balik dari sekolah pula, anak saya beritahu kopiahnya telah dirampas kawan dan di baling ke luar pagar. Kopiah itu tidak dijumpai. Sebelah petang driver van sekolahnya jumpa dan hantar ke rumah. Kakak nya yg berumur 8 tahun pula balik melaporkan buku BI hilang kerana kawannya telah membawa lari dan tak tahu dibuang kemana. Anak saya kena buli ker? Saya memang geram dengan budaya ini. Masih budak-budak pun dah tahu membuli. Mak bapak tak ajar ker, atau salah pemakanan ker atau faktor persekitaran?

Siapakah yang sering jd mangsa buli? Adakah macam anak-anak saya yang tidak tahu melawan? Zaman sekarang sikap sabar memang patut ada tetapi jika kerap sangat masalah timbul misalnya kasut yang elok ditukar kasut buruk, pencil selalu hilang dan sebagainya hilang jugak tahap kesabaran sehingga memaksa aku mengajar anak-anak menjadi tegas dan berani dan menyuruh mereka bertindak balik apabila dibuli kerana orang suka membuli ni dia rasa kaut apabila tidak dilawan padahal mereka tu penakut..

Saturday, March 5, 2011

Punca-punca Kelupaan

1. Melakukan maksiat
2. Banyak dosa (tidak bertaubat atau meminta ampun)
3. Suka berfikir tentang kehidupan dunia berbanding akhirat
4. Makan sesuatu yang masam
5. Selalu bersedih dan kecewa dengan perihal dunia
6. Membaca tulisan di batu nesan
7. Makan makanan yang syubhah (diragui halalnya)
8. Makan kepala ikan yang dimasak berkuah
9. Tidur dalam keadaan meniarap
10.Tidur dalam keadaan berhadas
11.Menilik

Saturday, February 5, 2011

Tazkirah 1

7 Kalimah Untuk Diamalkan

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walaupun seluas laut.

1. Menyebut Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Menyebut Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Menyebut Astaghfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak sepatutunya.
4. Menyebut Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Menyebut La hau la wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai dan tak
    diingini.
6. Menyebut Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Menyebut La ilaha illalah Muhammadurasullullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah
    dari  lidahnya.

Amalkan selalu supaya menjadi kebiasaan dan rutin harian. Amin.

Sunday, January 23, 2011

Stress 2

Ketika menyelak dada akhbar hari ni, aku terbaca satu artikel berkaitan tajuk yang pernah aku catatkan dalam blog ni iaitu stres atau tekanan. Namun tajuk ari ni lebih menjurus kepada tekanan mental kepada wanita. Mengikut kajian, wanita yang lebih banyak mengalami stres ekoran  tekanan kerja yang banyak (terutamanya bagi mereka yang mempunyai 'dwipekerjaan' iaitu di rumah dan di pejabat atau tempat kerja),  sehingga mengundang kepada kesibukan yang melampau lantas membawa kepada kepenatan dan ditambah pula dengan bebanan fikiran yang membelenggu ekoran tidak dapat memberikan kasih sayang dan tumpuan yang baik kepada yang tersayang( bagi yang telah berkahwin dan mempunyai anak tentulah pada suami dan anak-anak). Disebabkan masalah itu mereka menjadi tertekan di tambah lagi dengan ketiadaan tempat untuk mengadu lagilah menambah tekanan.
Tugas wanita yang berkerjaya memang berat, terutama yang tidak mempunyai pembantu rumah, saya pernah mengalaminya sehinggakan ari minggu tu rasanya nak stay kat rumah jer untuk siapkan kerja rumah seperti membasuh, mengemas dan sebagainya. Kalu kena keje ari minggu rasa geram jer kat bos. Anak-anak tak sempat nak dilayan lebih-lebih lagi kalau yang dah bersekolah, tak sempat nak ajar mereka belajar.. kesian..stress. Apa-apa pun terpulanglah pada seseorang itu untuk menanganinya kan. Ada orang relax jer tapi bagi sesetengah orang itu yang membuatkan mereka tension!